Sunday, June 7, 2009

500 CuPpIes :: SpEciaLLY MAde For Eva ::

500 cuppies ni specially made for pengantin baru...Eva Erdianna ngan pilihan hati nya pakent. Terima kasih buat eva kerana sudi menempah untuk 500 cuppies ni. Cuppies ni berperisa coklat dan menggunakan sepenuhnya fondant. Cuppies yang menggunakan fondant bercorakkan 'heart' yang melambang kesucian cinta..chewah..Cuppies ni azean hantar kepada Eva pada 6 Jun 2009, dan azean memulakan opeasi membuat cuppies ni pada 5 Jun 2009, dan selesai pada bilangan 300 biji pada pukul 11.30 malam...ngantuk nya..Gambar diatas memang sudah siap semua nya..Tengok anak-anak kesayangan azean, danish & danisha..sibuk jua mo tolong....kacau sj..hehehe...
Pada 6 Jun 2009, opeasi bermula lagi pada jam 5.30 pagi dengan menghabiskan baki 200 biji dan menyiapkan sepenuhnya pada jam 3.00 petang dan sambung semula untuk cupcakes comel seperti post di bawah. Memang penat...

8 kotak kosong untuk memuatkan 500 biji cupcakes untuk eva..actually eva ni..adik kepada kawan sekolah azean, Mrs. Jijah Erdawati (Sek. Men. Vokosional 1994-1996). Cuppies ni selamat di hantar pada pukul 5.00 petang.


Nda tahu kotak no. berapa ni...banyak sangat...



Kabur sikit gambar nya...




Pinjam kerusi adek untuk simpan cuppies ni....


Close up


:: Penghargaan ::
Ribuan terima kasih kepada Eva kerana sudi menempah cuppies dari Azean. Selamat Pengantin Baru juga di ucapkan kepada Eva & Pakent, semoga bahagia sampai ke akhir hayat. Buat mamy tercinta, terima kasih kerana menjaga cucu-cucunya di samping menolong mempacking cuppies ini dalam kotak. Buat my cousin in law...hehehe...tengkiu kerana tolong...Buat anak buah, Mr. Eddie..terima kasih sebab tolong jua, nanti ada Coklat kek...Buat Ning Azian, terima kasih mempromosikan cuppies.
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK...







No comments:

Post a Comment