Tuesday, April 28, 2009

Labuan International Sea Challenge 2009

Salam kembali....ada pengumuman untuk peminat-peminat cupcakes yang berada di Labuan. Booth khas untuk cupcakes akan dibuka pada 1-3 Mei 2009 sempena Labuan International Sea Challenge 2009. Azean akan menjual cupcakes dan pelbagai jenis kuih muih untuk hidangan mata dan tekak...heheheh. Salah satu nya adalah...moist cupcakes dan pelbagai lagi. Azean mengalu-alukan kehadiran para peminat cupcakes walaupun azean baru saja berkecimpung dalam dunia cupcakes ni.........

PinK & WhIte RoSes CupCAkes

Salam....Cupcakes ni di tempah oleh Katz....for her friends. Cuppies ni berperisa cheese dan bertoppingkan cheese. Cuppies ni berwarna putih + merah, dan kuning + biru. Mmm..rasa susah jua buat cupcakes ni. Tapi untuk pelanggan, buat saja. Terima kasih katz....
Kuning dan Biru...cupcakes...

dan lagi.........





Thursday, April 23, 2009

CupCakEs Roses & CHoc

Cupcakes ni ditempah oleh Comel, dari Jabatan Sumber Manusia untuk birthday her mother in law. Cuppies ni 40 biji, dan di bahagi kepada 2 topping dan 2 inti yang berbeza dengan perisa cupcakes yang sama. Topping, choc. fudge dan cheese, inti..m&m's dan coklat cair dan berperisa coklat. Terima Kasih..mel...lau sedap...order lagi...


CupCakEs Ka AiN ~YeLLoW~

Salam...setelah lama tenggelam..sekarang ni baru timbul...Bukan apa, banyak kerja-kerja lebih masa yang membataskan azean untuk membuat cupcakes ni. Azean lebih menumpukan kepada jualan hari-hari seperti Blueberry Cheese Tart, Sosej Gulung, Roti Goreng Inti Sosej, Talam Berlauk dan banyak lagi. Hari ni...azean menerima tempahan untuk Ka Ain...saja-saja untuk makan..heheheh...Ka ain..memberikan peluang kepada azean untuk membuat apa perisa dan topping nya. Memandangkan ka Ain belum lagi merasa untuk choc. topping...azean membuat keputusan untuk memberika ka Ain cuppies berperisa coklat, berintikan coklat cair dan bertoppingkan Choc fudge. Terima Kasih Ka Ain...kalau sedap..order lagi..hehehehe

Monday, April 13, 2009

CuPPieS Ka Hjh


1stly..azean mo minta maaf kerana gambar nya kurang memuaskan kerana di ambil melalui kamera hp dan sebab tu kualiti nya kurang memuaskan. Cupcakes ni ditempah oleh Ka Hjh Zarinah dari Jabatan Sumber Manusia. Empunya diri sendiri mahu bertemakan swirl dan yang kuning tu..berbentuk bakul yang berisi bunga. Terima kasih Ka hjh...Buat sipenerima bakul yang tidak dapat disebutkan di dalam blog ni...terima kasih banyak-banyak...i love u..

CuPCaKEs HaNiFa


Salam...cupcakes ni ditempah oleh Kak Ruby daripada Jabatan Sumber Manusia untuk Hanifa, maid nya mungkin besday hari ni...Cuppies ni berperisa coklat dan berintikan coklat cair. Memandangkan empunya diri yang besday ni girl...azean lebih menumpukan perhatian kepada bunga-bunga dan daun yang kembang mekar. Gabungan warna ungu, putih, hijau mungkin akan lebih menceriakan cuppies ni. Terima kasih Kak Ruby...

Wednesday, April 8, 2009

SmAll ChOcoLate Cake


Cakes ni di tempah oleh Ka Zarin untuk birthday hubby yang ke 40. Thanks ka Zarin.....

HaPPY 10Th AnniVeRsAry CuPcakes



Salam..cupcakes ni di tempah oleh Ka Ct untuk 10th Anniversary perkahwinan nya. Tahniah ka ct. Jubli perak dah tu...semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan di murahkan rezeki. Cupcakes ni separuh adalah perisa coklat dan separuh adalah perisa oren, dan berintikan cheese dan M&M's....Terima kasih ka Ct...

Monday, April 6, 2009

CutI yaNg PanJang

Assalamualaikum..hah..bertemu kembali selepas lama bercuti. Ni lah puteri kesayangan azean, Nur Danisha Alya Irdiena yang di admitted di Hospital Labuan selama seminggu. Buat rakan-rakan yang menelefon untuk membuat tempahan semasa azean bercuti, azean minta maaf kerana tidak dapat membuat tempahan berkenaan. Tempahan akan dibuka mulai esok 7 April 2009. Buat Suzie, minta maaf kerana terpaksa membatalkan tempahan untuk sambutan hari jadi anak nya kerana masalah azean. Buat Bunk, Fiza, Mama Jane, Ar, Linda..dan kawan-kawan yang tidak dapat disebutkan nama nya di sini...terima kasih di atas doa dan sokongan kepada keluarga azean khusus nya buat Adeq Nisha..terima kasih banyak...